wahhhhh!!!!! nampak sedap kan nasik lemak ini?? yummy2.... saya suke makan..harini saya nak cerita pasal makanan... kan sekarang ni hot issue adalah tentang budak2 sekolah yang obes?? jadi, semalam kerajaan dah list out kan jenis2 makanan yang dilarang... at first nasik lemak kan termasuk dalam senarai makanan larangan tu, tapi status diubah menjadi "dihadkan kekerapan jualan 2 kali seminggu"...
aduyai...releven ke usaha kerajaan nak bendung masalah obesiti ni dengan buat larangan2 macam ni kat sekolah??? kesian pakcik makcik kantin pikir nak masak apa, nak kene hadkan nasik lemak, dah tak boleh jual itu, jual ini... kang makin botak le kepala pakcik2 yang dah sedia ada botak tu...ngeeeee..... **ampun pakcik.... =)
meh kite tengok meh apakah senarai jenis makanan yang dilarang itu....
heeeee, kalau kat sekolah tak jual, adakah mereka kanak2 sekolah ini tidak boleh beli di kedai2 kat luar sekolah???? contohnya kedai abah saya????
Kat kedai abah saya banyak coklat camni.. pastu kedai saya depan sekolah...budak2 before g sekolah, balik sekolah mesti singgah kedai beli cokelat.....
Huhuhuhuuh, ada eh jual megi kat sekolah??? saya dah lama tak g sekolah, masa zaman saya sekolah dulu takdelah jual cam makanan ruji tu, eventho seminggu sekali makan je megi tu..biasalah, budak dok asrama la katakan....
dulu2 harga seposen aje kan?? sekarang ni rasanya makcik pakcik dah jual doploh sen kot... kat kedai abah takde eskem malaysia nih, tapi ade eskem pop... ala yang boleh belah tengah2 tu.. seposen je satu..
bile budak2 balik sekolah tengahari yang panas terik, jalan kaki pulak tu, mestilah memerlukan sumber air kan?? kompem belik eskem ni... kat sekolah takde, kat kedai abah ade... huhuhuh...
mak balik keje lewat tak sempat nak masak, bawak balik Filet o Fish, nuget mekdi... jadinya??
Jadinya, apa pendapat anda?? relevan kah larangan2 ini??? pada saya, TIDAK!!!! sebab kalau kat sekolah larang, kat luar sekolah ada dan senang nak jumpe atau dapat those kind of stuff, di manakah relevannya???
Dalam paper cakap camni...
" Kajian menunjukkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun meningkat daripada 9.7% pada 2001 kepada 13.7% pada 2007. Peningkatan dikaitkan dengan amalan pemakanan tidak sihat dan aktivti fizikal tidak aktif, iaitu 76% kanak2 didapati menghabiskan sebahagian besar masa dengan menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer. "
ok, mebi ada baiknye kot kerajaan buat larangan2 macam ni, tapi still jugak takde impak yang betul2 dapat bendung obesiti ni... kat sekolah cuma dari kol 730 sampai kol 130.... pastu if sekolah agama pon 3 jam aje..masa yang lain adalah masa di luar sekolah di mana masa itu adalah masa di rumah/luar rumah...
dalam kes ni, ibu bapa adalah watak yang paling penting sekali untuk elak ataupon paling tak, kurangkan masalah obesiti ni... saya tengok budak2 sekarang sangat mewah... dulu masa saya sekolah, kalau bawak lima posen tu dah kire sangatlah banyak... ( zaman sekolah, saya bawak bekal...) tapi now ni, if parents bagi diorang seringgit pon, saya tengok mereka buat muka tak puas hati ... kunun2 dialog dalam hati.."mana cukup ni,ayah??"
kalau saya tak silap, kerajaan ada bagi netbook untuk student kan? jadi jangan salahkan mereka sekiranya mereka menghabiskan sebahagian masa duduk di hadapan komputer .... main game ke? ber'facebook'ing ke? chatting ke?? parents still the most important role here to look after their kids. kalau kat sekolah tu, cikgu2 ada sangat ramai student. they can't even focus untuk jaga setiap seorang daripada 30 orang murid dalam kelas...
so, my suggestion here is, mother shud cook for their family, knows the important of the food as well as the nutrition inside... macam yang mak saya buat untuk suami dan anak2 beliau...bagi melahirkan insan yang cemerlang rohani dan jasmani...