Sunday 30 January 2011

Zero Adalah Kosong!!!

Itu adalah encik perasaan di waktu ini... 5.16AM, Sunday Morning...

Monday 24 January 2011

Mari Jalan2 Panjat Gunung

Pada hari Sabtu yang lepas, saya dan 3 orang rakan ofis lama telah bersama2 meredah Gunung Pulai... ( buat ayat camni untuk paper BM Penulisan, boleh dapat markah penuh tak untuk intro?? muahahahah...)

3 kawan saya itu adalah cik Iza, Kakak Mei Siew n Kakak Kath..Mari bercerita dengan gamba2 comel kami...

Kath n Azie warm up, sementara tunggu kakak Mei Siew sampai... (Cik Iza tukang ambik gamba)



hohohohoh, belom mula lagi, kasut saya sudah kopak.. haissshhh, Kakak Mei Siew tolong tekan itu tapak kasut.. luckily membawa encik gam...



Ready???? here we go!!!! start naik at 745am



hah!!! berani tak?? the journey begins~~



lihatlah, bersemangat semua orang....cik Iza lead tuh... =)



penat sudah?? rehat jap...


2 kakak yang cantik...


Air terjun...


Selekoh maut!! hihihihihi... FYI, Kakak Mei Siew hafal sudah jalan2 mendaki Gunung Pulai ni.. sangat kagum!!!


it's two!!! kami berada di ketinggian 2KM!! Yezzaaa~~~


lihatlah saya yang tidak berstamina jauh ketinggalan... lalalalala...


Yeah, dapat jugak kejar mereka.. (hahahha, ekceli mereka tunggu saya la...)


Cube teke apa motif gamba ini?? ye..bijaknye..seekor monyet di atas batu besar... =p


ini namanya MEJA BESAR... Rehat dulu... uncle seluar putih tu kasik saya epal sebab saya kasik beliau coklat.. hhehehe, sangat sweet!!!



posing..posing...jauh lagi nih...


Cik Iza, tarik saya, penat nih.. hihihiihh...



Cik Iza takmo tarik pon...=(
jalan sendiri...




sebijik limau sebagai pemangkin... ini adalah kami, 4 gadis kental!! ehehhehe..




santai~~




mengikat tali kasut..(masa ni, tapak kasut merekah semula.. huhuhu...)




ntah apa aksi budak due orang nih..layankan aje...
( oh ye! boleh nampak pekan nanas dari atas sini )



tumbuhan kesukaan 2 orang kakak itu..ngeeeee...




at last!!!! sudah berada di puncak!!! eh puncak eh?? sampai jugak, setelah 2 jam mendaki... =)



~~view from the super top of Gunung Pulai~~




saatnye kami menurunkan diri...




turun pon masih jugak saya jadik orang paling last..hukhukhuk...



yeaa...safely down.. aksi menunjukkan tapak kasut yang tercabut sudaaaa... hahahah..


last pose before sampai bawah betul2..




uiii, tangan berkedut2, cam tangan makcik2...
sejam setengah diperlukan untuk turun..



masa untuk mencari makanan kerana sudah laparrrrr..



Sangat seronok berjalan2 di hari minggu, beriadah bersama2 kawan yang best!!! next trip adalah Gunung Ledang... sape nak join??? jom!!!!!

Sunday 23 January 2011

Encik Cinta Hati Yang Tersayang

Pass tak nak jadik model iklan kereta?? hahahhaha....

Neway, Arsenal menang bergaya dengan Encik Van Persie scored hatric!! yeaa!! Tapi Setan Merah pon menang gak...menci!!!!

Tuesday 11 January 2011

This Is Where I Belong

2 nama itu adalah dua orang yang saya paling sayang sekali..
(duduk di rumah telah menyebabkan saya ade dua dagu..hahahhahaha)


Rumah saya.. Jemputlah datang...



Tekun kan abah saya?? he's the most creative person i've ever met...


tada!!!! abah di samping 'statue' 1Malaysia yang baru siap di cat...

Rumah korang ade ke bende macam ni?? takde kan??takde kan??? hehhehe, will update more, rumah2 makcik pakcik jiran sebelah yang kemas2 dan cantik, serta banyak pokok bunge...

Kalau rasa2 nak bercuti, meh datang tempat saya meh... nanti leh mandi2 kat Desaru ke, Tanjung Balau ke, Batu Layar ke... Plus, sini takde jalan yang jem... nak dok tgh2 jalan pon takpe... tapi bile ade budak2 nakal yang rempit, silelah beware!!!

Mari Updet Blog Sambil Makan Kek Pisang...


Musim2 hujan ni, perut sentiasa lapar, kan? nak makan aje keje.. padahal baru jek bekfes 5 minit yang lalu.. ihihihiih, mak saya kuat makan... pagi tadi sesudah subuh masuk dapo... " kak, buat kek pisang sedap agaknya..nnt akak buat la.. ada pisang dalam esbok kat depan tuh"

Jadi, sebagai anak yang baik dan comel, operasi kek pisang pon dimulakan setelah menyelesaikan tugas2 bibik... lagipon harini budak2 tak sekolah, jadik kat kedai tak sebok, saya tidak perlu g kedai.. hujan lagipon.. sangatlah malas mahu keluar.. ( eleh, cam la kete tu takde bumbung..) hhahaa...

bahan2 yang diperlukan untuk buat kek pisang permintaan emak?? hanya sebijik buku resepi emak...
cantik kan tulisan mak? follo ajelah apa yang mak tulis tuh.. =)



Step No 1 >> Pukul telur dan gula sampai hancur.. =p



Step No 2 >> Masukkan pisang...( saya kasik hancur pisang itu dulu dengan encik blender) --> pastu pukul2 lagi...



Step No 3>> Masuk minyak pulak...




Step No 4 >> Proses penepungan... masuk tepung sikit2, kacau rata, masuk dalam loyang...




Step No 5 >> Proses pembakaran...
( terpaksa melakukan proses penukaran oven kerana oven mak rosak... lari2 g carik oven saya yang dalam kotak.. hurm, terbantut tumbesaran encik kek..)





Step No 6 >> Bila dah ada bau2 enak di ruang udara...silelah keluarkan encik kek pisang yang hensem dari dalam oven itu.....



dan step paling last adalah.... makan kek itu sambil update blog ni...weeeeeeeeeeeeeeeee ... ^______^

Monday 10 January 2011

~~Al-Quran bimbing ummah tingkat keimanan ke arah keberkatan hidup~~


Sumber Dari : Sharul Zahri Ahmad

HIDUP berkat akan sentiasa mencukupkan dan kecukupan itu membolehkan kita memperoleh keberkatan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, kita perlu sentiasa berusaha untuk meraih keberkatan hidup di sisi Allah dan berdoa supaya kehidupan kita sentiasa diberkati oleh-Nya.

Berkat, berkah atau barakah adalah ayat yang sering meniti di bibir kerana barakah berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud tumbuh, berkembang dan kemudian bercabang antara satu sama lain saling berdekatan.

Secara terminologi, berkat adalah kebaikan yang bersumber daripada Allah yang ditetapkan terhadap sesuatu sebagaimana semestinya. Persoalannya, sudahkah kita merasai keberkatan berkenaan atau sama seperti mereka yang tidak sempat beramal dan mengingati Allah kerana terlalu sibuk mengejar harta dunia.

Walhal gemerlap dunia ini ibarat meminum air laut, semakin banyak diminum semakin menambah rasa haus dan tidak akan pernah merasa cukup terhadap apa yang sudah dimilikinya. Orang yang tidak pernah puas dan bersyukur tidak akan pernah bahagia.

Hidupnya menjadi tidak berkat di sisi Allah dan menderita. Namun orang yang merasa cukup dengan apa yang dimilikinya, Allah SWT akan memberikan kurnia-Nya yang melimpah.

Sabda Rasulullah: “Barang siapa yang memasrahkan keperluannya kepada Allah, nescaya Dia akan mendatangkan kepadanya rezeki dengan segera atau menunda kematiannya.” (Hadis riwayat Ahmad).

Menurut Ath-Thabathaba’i, kebaikan bersumber daripada Allah muncul tanpa diduga dan tidak terhitung sepanjang kehidupan, baik yang bersifat kebendaan mahupun berbentuk kerohanian. Mulianya hidup apabila kehidupan sentiasa diberkati Allah.

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah yang Maha Luas kurnia-Nya lagi Maha Tinggi akan menguji setiap hamba-Nya dengan rezeki yang Dia berikan kepadanya. Barang siapa yang reda dengan pemberian Allah, maka Allah akan memberkati dan melapangkan rezeki untuknya dan barang siapa yang tidak reda nescaya rezekinya tidak diberkati.” (Hadis riwayat Ahmad).

Justeru untuk meraih keberkatan dalam kehidupan, ada dua tuntutan syarat yang perlu dilaksanakan oleh setiap orang Islam.

Firman Allah: “Jika penduduk negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya.” (Surah Al-A'raf, ayat 96).

Ayat ini menunjukkan balasan Allah bagi hamba-Nya yang beriman dan sekali gus menjadi penjelasan bahawa orang yang kufur kepada Allah tidak akan pernah merasakan keberkatan, tenang dan bahagia dalam hidupnya.

Justeru bagi membina iman, kita perlu membersihkan hati daripada sebarang dosa dan noda. Bersihkan hati daripada karat jahiliah yang akan menghalang hadirnya hidayah, petunjuk dan pertolongan Allah. Hati yang bersih akan menumbuhkan keimanan sebenar terhadap Allah.

Kedua, amal salih iaitu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya sesuai dengan syariat diajarkan Rasulullah.

Firman Allah: “Demi malam apabila menutupi dan siang apabila terang benderang dan penciptaan lelaki dan perempuan. Sesungguhnya usaha kamu memang berbeza-beza. Adapun orang yang memberikan (harta di jalan Allah) dan bertakwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah.” (Surah Al-Lail, ayat 1-7).

Sheikh Abdur Rahman as-Sa'di berkata, jika mereka melaksanakan perintah Allah serta menjauhi larangan-Nya, nescaya Allah akan melimpahkan rezeki kepada mereka, langit dijadikan menurunkan hujan, bumi pula untuk menumbuhkan tanaman.

Semoga kita meraih keberkatan di sepanjang kehidupan. Tidak ada cara terbaik untuk kita beroleh keberkatan melainkan sentiasa merujuk kepada panduan terlengkap yang Allah SWT bekalkan iaitu melalui al-Quran.

Firman Allah: “Dan al-Quran ini adalah suatu kitab (peringatan) yang mempunyai berkat yang telah kami turunkan. Maka mengapakah kamu mengingkarinya?” (Surah Al-Anbiyaa', ayat 50).

Kini kunci untuk meraih keberkatan dalam kehidupan sudah terbongkar. Al-Quran memandu kita supaya berbekal dengan iman, takwa dan amal salih untuk meraih keberkatan selagi kita masih bernyawa di bumi Allah ini.

Firman Allah yang bermaksud : “Sesiapa beramal salih, baik lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.” (Surah An-Nahl, ayat 97).