Wednesday 9 March 2011

:: Rahmat Kemaafan ::

Post ni saya hutang dengan Mama Zughai... ekceli this is about satu drama kat Astro Oasis malam Isnin haritu..tajuk dia adalah Al-Kausar... pelakon2 dalam cite tu saya leh label as pelakon Gred A. before saya sambung kisah yang mengalirkan air mata mahal saya ini, mari kita belajar sedikit tentang surah Al-Kausar ini ye??

...................................................................................................................

Surah ini adalah surah yang paling pendek.Ia hanya mengandungi 3 ayat yang diturunkan di Makkah.Al-Kausar bermaksud sebuah sungai yang mengalir di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang indah dan cantik.Rasa air sungai ini lebih manis daripada madu.Warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.



Surah ini disifatkan sebagai penghibur hati Nabi Muhammad SAW kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kewafatan dua orang yang sangat dikasihinya iaitu anak lelaki,Ibrahim dan bapa saudara,Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini yang boleh kita amalkan sebagai penawar :
  • membaca surah ini ketika hujan turun sambil berdoa,mudah-mudahan Allah memakbulkan doa kita.
  • jika kehausan dan ketiadaan air,bacalah surah ini dan gosokkan tangan di leher,InsyaAllah hilang dahaga.
  • jika sering mengalami sakit mata,umpamanya mata berair,gatal-gatal ataupun bengkak,sapukan air mawar yang telah dibaca surah ini sebanyak 10 kali pada mata,insyaAllah sembuh.
  • jika rumah dipercayai terkena sihir,bacakan surah ini sebanyak 10 kali,mudah-mudahan Allah memberi ilham kepada kita di mana letaknya sihir itu.
  • jika dibaca 1000 kali,insyaAllah rezeki akan bertambah.
  • jika rajin membaca surah ini,hati akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  • sekiranya seseorang teraniaya sehingga dimasukkan ke penjara,bacalah ayat ini sebanyak 71 kali,InsyaAllah pertolongan Allah akan datang kepadanya disebabkan dia tidak bersalah tetapi telah dizalimi.
...................................................................................................................

Kisah bermula bilamana emak dan anak datang mahu meminang anak gadis pak ustaz... antara ayat mak yang dilakonkan wan maimunah yang terlekat di minda saya adalah "cantik macam burung cenderawasih" --> burung cenderawasih cantik ye??? jadi, saya pon gugel la..aah, burung cenderawasih memang cantik...bulu dia kaler2!! =)



ok sambung, masa dok bincang2, anak gadis iaitu Siti Hajar ( Lisdawati) g le masuk dapor.. sekalinye pranggg ( bunyi kaca jatuh camtu ke?).. "kenapa tu?" rupa-rupanya bingkai gamba si ayah a.k.a Ajis (Arwah M.Rajoli) terjatuh dan pecah... Emak Siti Hajar, Siti Khadijah ( Datuk Sarimah), abahnya, bakal mak mertua (Wan Maimunah --> saya lupe nama watak beliau), dan encik kekasih hati (Zulhuzaimy--> nama dia pon saya lupe) g le bergegas nk tgk apa jadik....

jeng-jeng-jeng~~ rerupanya Ajis itu adalah lelaki masa silam Wan Maimunah, lelaki yang telah melacurkan beliau semasa zaman muda remaja, yang telah merosakkan diri beliau... mak terus ajak si anak balik....

flashback berlaku...barulah Ajis ceritakan semua kisah yang berlaku 30 tahun dulu pada anak dan isteri beliau... after this kind of thing happened, isteri dan anak dah pulaukan beliau.. begitu juga dengan orang2 kampung...Pak Ajis pon tak boleh lagi jadik imam, budak2 belajar ngaji pon parents mereka takmo kasik lagi... semua kata pak Ajis itu jahat..

satu ayat menyayat hati saya bilamana Pak Ajis meminta Siti Khadijah agar memaafkan beliau.. "abang memerlukan sokongan daripada isteri yang solehah" tapi permintaan itu dipandang sepi.. jika ahli keluarga korang pon tak boleh nak support, it should be sangat stress, sedih kan?? but, Pak Ajis keep on moving... ye, past is past aight? kehidupan mesti diteruskan..

the only one yang sangat menghargai Pak Ajis adalah bakal menantu tak jadik Pak Ajis iaitu Zul Huzaimy itu.. but ekceli Zul adalah anak Pak Ajis yang dilahirkan oleh Wan Maimunah hasil perbuatan sumbang mahram mereka dahulu kala.. hmpphhh..

satu malam yang hujan lebat, both emak dan anak mimpi kene kejar ngan gelungan api... masa tu si abah meredah hujan nak balik umah, dah sampai umah, umah dah kunci takleh masuk..pak Ajis g patah balik kat moto, sekalinye tertimpa moto itu... pak Ajis takleh bangun...dok le dalam ujan lebat itu kebasahan.. then si emak terjaga dari mimpi itu, terdengar si anak memanggil2 "abah"... mereka bermimpi perkara yang sama..

then both of them keluar rumah, tolong si abah yang kesakitan itu..then solat berjemaah..(tatau solat apa memalam~~ hajat/tahajud might be).. masa ni sesi luahan hati..si abah minta maaf sebab dah menyusahkan si isteri dan si anak selepas kisah silam terbongkar... but then, si anak dan isteri yang minta maaf, minta ampun...mereka baik2 semula... ( masa ni amat mengharukan ye?)

mama zughai, saya cam tak ingt ending sebab saya cam terlelap...huhuhuh..yang saya ingt, Wan Maimunah tu cam trauma teringat zaman2 dolu, then cam kene sawan ntah apa... orang dok keliling dia bacakan yasin... Pak Ajis satu family datang melawat... --> tapi rasanya esok ade ulangan, kang saya g tgk ending dia camne eh?? hahaha...sengal jek azie...

** Neway, moral of the stori di sini adalah... setiap orang ada melakukan kesilapan, tak kira kecik atau besar.. contohnya dalam kisah Pak Ajis ini, beliau dah bertaubat dan berubah menjadi seorang yang alim dan warak.. bagi saya, what past is past... itu adalah urusan beliau dengan Allah SWT samada taubat/keinsafan itu diterima ataupon tidak...

Kita sebagai orang yang dekat dengan mereka2 ini haruslah jangan menjarakkan diri seandainya kisah lampau mereka yang tidak berapa best itu terbongkar.. they need our support.. we need to support them no matter what.. jadilah sebagaimana Saidatina Siti Khadijah yang sentiasa berada di sisi Rasullullah SAW sepanjang baginda berjuang untuk sama2 menyebarkan Islam...

Ingatlah, there's nobody perfect.. saya juga begitu...tapi kita boleh mencuba untuk jadi yang terbaik antara yang terbaik... mulai harini, before tido.. cubalah untuk memaafkan segala kesalahan/kesilapan mereka2 yang telah mengguris hati anda/ buat anda rasa kecewa... dan mohonlah juga agar kesalahan/kesilapan yang anda lakukan hari itu kepada orang lain samada sengaja ataupun tidak, juga dimaafkan oleh mereka...


RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL.. \*(^o^)*/

1 comment:

  1. yes...agree...dan ingatlah juge...tutuplah aib orang,nescaya Allah tutupkan aib kite...

    ReplyDelete