Tuesday, 11 January 2011

Mari Updet Blog Sambil Makan Kek Pisang...


Musim2 hujan ni, perut sentiasa lapar, kan? nak makan aje keje.. padahal baru jek bekfes 5 minit yang lalu.. ihihihiih, mak saya kuat makan... pagi tadi sesudah subuh masuk dapo... " kak, buat kek pisang sedap agaknya..nnt akak buat la.. ada pisang dalam esbok kat depan tuh"

Jadi, sebagai anak yang baik dan comel, operasi kek pisang pon dimulakan setelah menyelesaikan tugas2 bibik... lagipon harini budak2 tak sekolah, jadik kat kedai tak sebok, saya tidak perlu g kedai.. hujan lagipon.. sangatlah malas mahu keluar.. ( eleh, cam la kete tu takde bumbung..) hhahaa...

bahan2 yang diperlukan untuk buat kek pisang permintaan emak?? hanya sebijik buku resepi emak...
cantik kan tulisan mak? follo ajelah apa yang mak tulis tuh.. =)



Step No 1 >> Pukul telur dan gula sampai hancur.. =p



Step No 2 >> Masukkan pisang...( saya kasik hancur pisang itu dulu dengan encik blender) --> pastu pukul2 lagi...



Step No 3>> Masuk minyak pulak...




Step No 4 >> Proses penepungan... masuk tepung sikit2, kacau rata, masuk dalam loyang...




Step No 5 >> Proses pembakaran...
( terpaksa melakukan proses penukaran oven kerana oven mak rosak... lari2 g carik oven saya yang dalam kotak.. hurm, terbantut tumbesaran encik kek..)





Step No 6 >> Bila dah ada bau2 enak di ruang udara...silelah keluarkan encik kek pisang yang hensem dari dalam oven itu.....



dan step paling last adalah.... makan kek itu sambil update blog ni...weeeeeeeeeeeeeeeee ... ^______^

Monday, 10 January 2011

~~Al-Quran bimbing ummah tingkat keimanan ke arah keberkatan hidup~~


Sumber Dari : Sharul Zahri Ahmad

HIDUP berkat akan sentiasa mencukupkan dan kecukupan itu membolehkan kita memperoleh keberkatan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, kita perlu sentiasa berusaha untuk meraih keberkatan hidup di sisi Allah dan berdoa supaya kehidupan kita sentiasa diberkati oleh-Nya.

Berkat, berkah atau barakah adalah ayat yang sering meniti di bibir kerana barakah berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud tumbuh, berkembang dan kemudian bercabang antara satu sama lain saling berdekatan.

Secara terminologi, berkat adalah kebaikan yang bersumber daripada Allah yang ditetapkan terhadap sesuatu sebagaimana semestinya. Persoalannya, sudahkah kita merasai keberkatan berkenaan atau sama seperti mereka yang tidak sempat beramal dan mengingati Allah kerana terlalu sibuk mengejar harta dunia.

Walhal gemerlap dunia ini ibarat meminum air laut, semakin banyak diminum semakin menambah rasa haus dan tidak akan pernah merasa cukup terhadap apa yang sudah dimilikinya. Orang yang tidak pernah puas dan bersyukur tidak akan pernah bahagia.

Hidupnya menjadi tidak berkat di sisi Allah dan menderita. Namun orang yang merasa cukup dengan apa yang dimilikinya, Allah SWT akan memberikan kurnia-Nya yang melimpah.

Sabda Rasulullah: “Barang siapa yang memasrahkan keperluannya kepada Allah, nescaya Dia akan mendatangkan kepadanya rezeki dengan segera atau menunda kematiannya.” (Hadis riwayat Ahmad).

Menurut Ath-Thabathaba’i, kebaikan bersumber daripada Allah muncul tanpa diduga dan tidak terhitung sepanjang kehidupan, baik yang bersifat kebendaan mahupun berbentuk kerohanian. Mulianya hidup apabila kehidupan sentiasa diberkati Allah.

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah yang Maha Luas kurnia-Nya lagi Maha Tinggi akan menguji setiap hamba-Nya dengan rezeki yang Dia berikan kepadanya. Barang siapa yang reda dengan pemberian Allah, maka Allah akan memberkati dan melapangkan rezeki untuknya dan barang siapa yang tidak reda nescaya rezekinya tidak diberkati.” (Hadis riwayat Ahmad).

Justeru untuk meraih keberkatan dalam kehidupan, ada dua tuntutan syarat yang perlu dilaksanakan oleh setiap orang Islam.

Firman Allah: “Jika penduduk negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya.” (Surah Al-A'raf, ayat 96).

Ayat ini menunjukkan balasan Allah bagi hamba-Nya yang beriman dan sekali gus menjadi penjelasan bahawa orang yang kufur kepada Allah tidak akan pernah merasakan keberkatan, tenang dan bahagia dalam hidupnya.

Justeru bagi membina iman, kita perlu membersihkan hati daripada sebarang dosa dan noda. Bersihkan hati daripada karat jahiliah yang akan menghalang hadirnya hidayah, petunjuk dan pertolongan Allah. Hati yang bersih akan menumbuhkan keimanan sebenar terhadap Allah.

Kedua, amal salih iaitu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya sesuai dengan syariat diajarkan Rasulullah.

Firman Allah: “Demi malam apabila menutupi dan siang apabila terang benderang dan penciptaan lelaki dan perempuan. Sesungguhnya usaha kamu memang berbeza-beza. Adapun orang yang memberikan (harta di jalan Allah) dan bertakwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah.” (Surah Al-Lail, ayat 1-7).

Sheikh Abdur Rahman as-Sa'di berkata, jika mereka melaksanakan perintah Allah serta menjauhi larangan-Nya, nescaya Allah akan melimpahkan rezeki kepada mereka, langit dijadikan menurunkan hujan, bumi pula untuk menumbuhkan tanaman.

Semoga kita meraih keberkatan di sepanjang kehidupan. Tidak ada cara terbaik untuk kita beroleh keberkatan melainkan sentiasa merujuk kepada panduan terlengkap yang Allah SWT bekalkan iaitu melalui al-Quran.

Firman Allah: “Dan al-Quran ini adalah suatu kitab (peringatan) yang mempunyai berkat yang telah kami turunkan. Maka mengapakah kamu mengingkarinya?” (Surah Al-Anbiyaa', ayat 50).

Kini kunci untuk meraih keberkatan dalam kehidupan sudah terbongkar. Al-Quran memandu kita supaya berbekal dengan iman, takwa dan amal salih untuk meraih keberkatan selagi kita masih bernyawa di bumi Allah ini.

Firman Allah yang bermaksud : “Sesiapa beramal salih, baik lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.” (Surah An-Nahl, ayat 97).

Friday, 31 December 2010

Setelah 10 Tahun......

CAK!! 1,2 , Action!!!!

Ini adalah sambungan entri ini....entri yang tertangguh almost a month.. hahahah, ceritanya sangat panjang, jadi perlukan mood dan masa yang panjang la kan untuk distorikan... ececece, tengok tajuk dia...setelah 10 tahun... kan lama tuh.... bersedialah korang nak baca satu kisah dari Azie si penglipurlara...

This is about our 10th year reunion... setelah 10 tahun meninggalkan zaman comot momot di sekolah yang kecik itu, on the date of 4th December 2010, we gathered here at Saloma Bistro, Jalan Ampang... Membawa tema Retro!!! Konon2 tiru macam Saloma la nih.. =)

Saya dan cik iwa bertolak dari JB naik bas Maraliner petang Jumaat itu... hujan sepanjang jalan.. pakcik bas sangat bersopan santun... suppose 730 we should arrived KL, tapi dekat kol9 baru sampai.. ohohoho...turun kat Bukit Jalil, tidak di Pudu... jammed,jammed... inilah KL.. around 930, cik Shera n Cik thirah datang jemput kami 2 orang yang sudah comot ini.. g makan kerana semua orang kelaparan... makan sambil bergosip!! huhuhu, gosip adalah harus apabila berjumpa... korang pon sama kan??

Dah, dah..pendekkan cerita... pas makan g umah Bell a.k.a our Ketua Pengawas.. siapkan segala tugasan tertangguh seperti menggunting, menjahit, menampal, sambil Bell n Thirah menonton 2 days 1 night... sangatlah korea mereka ini... semua orang masuk tido around 3 o'clock in the morning... sok pagi bangun subuh kol6 lebih, pastu sambung lagi tido, qada' 3 jam yang lewat semalam.. hohoohh, kol8 dah kene bangun balik...harus siap2... kemas2 barang, all the souvenier, kain, kertas... around 930 keluar rumah g bekfest...

Pecah 2 team, thirah n bell kene g jumpe Dr Shu untuk setelkan multimedia slide.. saya serta cik iwa dan shera pergi shopping... shopping?? ye, cik shera nak beli baju... hahaha.. and got other stuff we got to buy..harus pantas kerana shera nak g wedding one of her colleague... after 5-6 kedai2 baju dimasuki, akhirnya sebijik baju pink comel dirembat... shera takmo, tapi kami berdua kata comel...hahaha, seb baik ko percaya kitorang shera.... =)

Berjaya shopping! shera hantar kami g hotel untuk check in...shera siap2 g wedding, tinggal azie n iwa... tak lama bell sampai...bawak kami g Saloma untuk setup the hall... yea, 2 budak johor berjaya menggunakan kecekapan membaca signboard menuju destinasi yang dituju tanpa sesat...

Anda dah bosan?? ok2..mehla tgk gamba2 ni... saje jek test kadar kecekapan menaip setelah sekian lama membiarkan blog bersawang... da pics will tell ya what happened that nite... =)

sebahagian committee... saya dan iwa committee import... semasa kejadian tangkap2 gamba ni, iwa sedang bergayut tepon di luar.. =p ( sila lihat imej pertama..hihihi)

iwa, shera, saya n thirah --> mau bergerak ke tempat kejadian.. bersiap2 di hotel... comel kan baju pink shera itu??

the singles berposing dengan Puan Anem--> rite before tetamu2 datang... =)

there!! antara the earliest yang sampai.. register dulu, ye??

heppinye semua orang bersama goodie bag yang sangat retro...

Ustazah Iwa membaca doa untuk keberkatan majlis kami...

the slide show.... mengimbau kenangan zaman muda mudi..

nape angkat2 tangan ni???

nak jawab soalan trivia la... game yang sangat best dan menggamatkan hall... i like!!

another game, sila isikan tempat kosong dengan orang2 yang sesuai ye?? cuma tag mereka yang ada dalam hall sahaja...

our artist that nite --> cik puan mizah, nyanyi killing me softly... nice!!

sila masukkan undi anda dalam kategori yang bersesuaian ye???

yeah!! 3 budak johor..Iwa..Azie..Yuyu...lebih specific --> JBian, geng sama2 turun naik bas KL-JB-KL... Takkan lupe kejadian ditinggalkan bas Transnasional sebab salah masuk tren menghala seremban.. hahaha, sebab tu Iwa takmo naik trans lagik, naik Maraliner aje... =)

Yuyu, ur son slightly ikut muke ko.....


Here are the winners ... Kain selempang itulah yang saya jahit kol 2 pagi...

Retro Mommy : Mimi --.Hot mama turun dari Ipoh..
True SSPian : Shera -- Ye, mak tiri yang garang.. =)
Stay The Same : Aimi -- Memang tak berubah langsung..
Retro Girl : Hani -- Sexy girl!!!
OMG, Is That You? : Afeefah -- Cam tau2 je nak dapat award, baju sama kaler ngan selempang... =p

In circle, everyone sing the school songs~~ we are the hopes and the pillars of the nation...gathered from each state throughout the nation................

before heading back home, take photo.. comelnye semua orang.. eventhough tak semua 80 of us dapat datang, tapi sangat hepi dan meriah dapat jumpe n gosip2...

ada 2 mak buyung... mommy nisa ( yellow tummy.) dah selamat deliver another girl's generation...Marsha Qurnia..congrats dear...

Mommy Echah, next to her, is still berdebar2 tunggu.. wish ya all the very best, ya...


Last but not least, the committee...Anem, Bel, Shera, Thirah, Shu.. azie n Iwa committee saat akhir ye.. there's other committee yang dah balik - Mommy nisa... and also Hana n Cipah, yang tak dapat nak join us, got another much more important task to do.. Neway, congrats to committee yang dah bertungkus lumus, tak cukuo tido, untuk pastikan this event happened at the most brilliant way...


Saya sangat suke, enjoy n happy dapat jumpe kawan2 sekolah... memang takkan habis nak cerita jumpe cuma beberapa jam aje.. but, as i told u... this is the best moment, the bestest memory ever...


Sohabat 9600 --> We were rocks!!!! Love u all....

Happy New Year~~2011

Tinggal beberapa detik aje lagi, 365 hari dalam tahun 2010 akan diganti dengan 365 hari yang baru untuk 2011...

Dan sangat huduh blog tak updet2 since hujan berguruh haritu.. hahahah, encik lappy menghadapi masalah kelembapan tahap dewa petala kelapan, jadi sangat malas nak mengadap dan menyonteng2 di sini!!

Azam baru ~~ update blog selalu?? hahaha, i will, if encik lappy behave well.. sangat malas nak format2 la..adakah perlu diganti dengan yang baru sempena tahun baru ini?? hahaha, kaya ke kamu cik azie oiii.... simpan dulu cita2 tuh ye..

Banyak ekceli nak dibebelkan... pasal 10th years reunion gathering, my BFF dah ade VIP, tentang Harimau Malaya yang mengaum hebat belasah Garuda, pasal impian dan cita2 untuk tahun 2011....and the list goes on...

Ok, ok... malam ni saya updet ye?? adakah orang mahu membacanya tatkala beramai2 orang-orangan g sambut new yer?? hahahaha, apakah itu?? dok umah diam2, baca Quran buat solat Hajat sudah... kang esok tajuk berita kompom pasal serbuan JAWI ke, Maij ke kat hotel2, rumah tumpangan...pastu the next 8,9 months, kisah bayi dibuang merata2... upsss... tapi betul kan?? tak percaya? u count the days, it will come...

Alamak, dah nak azan, siap sedia mandi, solat... malam ni saya updet panjang2 lagi ye?? Selamat Tahun Baru untuk semua... Wish all the very best for the next 365 beautiful days... =)

APAKAH AZAM ANDA????? Mine~~~ tell ya soon...

Monday, 6 December 2010

The Bestest Memory Ever


Inilah yang best itu... hujan lebat mencurah2 plus petir dan guruh berdentam dentum pulak.. have to shutdown my lappy first...later will update ya?? stay tuned~~