Saturday, 12 March 2011

:: Aku Terima Nikahnya ::

Kawan2 yang dah kawin, masa nak tunggu encik suami lafazkan perkataan keramat ni takut tak??? apakah perasaan anda? berdebar2? cuak? mesti dubdabdubdab kan????? kalau sekali lafaz je, mesti rasa lega kan??? kot yang hepi mesti tersenyum riang ria, takpon, mesti ade setitik dua air mata jatuh...kalau yang cam syahdu2 tu kenapa ye??? hahhaa...nyebok azie nak tau...

ekceli azie baru balik dari umah jiran a.k.a junior zaman sekolah rendah... she's married today!! a bit disappointed coz yesterday tak dapat tgk drama air mata...ngehngehngeh...kalau nikah kat johor, ada program sakinah...which is lepas je akad nikah, ijab dan kabul itu... ada proses penyerahan.... abah pompuan serahkan anak perempuan kepada menantu, then emak pon lepaskan anak pompuan pada encik suami beliau..part ni sangat touching ye??? hurm.... then, perjanjian antara suami dan isteri... masa abang2 saya kawin takde bende2 gini, sebab mereka tak kawin dengan orang johor... so, sape nak tengok bende2 gini, kang azie nikah jemputlah datang... ( sile doakan la ye..tatau bile pon ... =p )

saya g dengan nad gendut tadi.. dah kelewatan... hihihi..sebab kene jaga kedai harini, mak ngan abah g rewang..balik umah dah tengahari..pastu nak balut hadiah lagi, iron baju lagik...

kad ucapan ikhlas untuk pengantin..nad kata ...poyo je ayat... muahahahhaa...


cam berat aje nad pegang hadiah tu...


so, here' the bride!!! Officially dah jadik Puan Norsila Rais.. wish ya live happily ever after....



pengantin dan bakal pengantin...kuikuikui..


ni acara baling gula2.. tatau ade syiling ke tak.. masa zaman makcik2 saya dulu ada.. dok rebut2 la kutip.. =)


haruslah jumpa rakan2 lama~~ anak sudah besar...lalalalal..


pengantin yang gembira bersama keluarga~~


daaa....banyaknye saya makan...


dah kenyang, balik umah....nampak tak muke kenyang yang gumbira itu?? hihihi..

Wednesday, 9 March 2011

:: Rahmat Kemaafan ::

Post ni saya hutang dengan Mama Zughai... ekceli this is about satu drama kat Astro Oasis malam Isnin haritu..tajuk dia adalah Al-Kausar... pelakon2 dalam cite tu saya leh label as pelakon Gred A. before saya sambung kisah yang mengalirkan air mata mahal saya ini, mari kita belajar sedikit tentang surah Al-Kausar ini ye??

...................................................................................................................

Surah ini adalah surah yang paling pendek.Ia hanya mengandungi 3 ayat yang diturunkan di Makkah.Al-Kausar bermaksud sebuah sungai yang mengalir di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang indah dan cantik.Rasa air sungai ini lebih manis daripada madu.Warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.



Surah ini disifatkan sebagai penghibur hati Nabi Muhammad SAW kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kewafatan dua orang yang sangat dikasihinya iaitu anak lelaki,Ibrahim dan bapa saudara,Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini yang boleh kita amalkan sebagai penawar :
  • membaca surah ini ketika hujan turun sambil berdoa,mudah-mudahan Allah memakbulkan doa kita.
  • jika kehausan dan ketiadaan air,bacalah surah ini dan gosokkan tangan di leher,InsyaAllah hilang dahaga.
  • jika sering mengalami sakit mata,umpamanya mata berair,gatal-gatal ataupun bengkak,sapukan air mawar yang telah dibaca surah ini sebanyak 10 kali pada mata,insyaAllah sembuh.
  • jika rumah dipercayai terkena sihir,bacakan surah ini sebanyak 10 kali,mudah-mudahan Allah memberi ilham kepada kita di mana letaknya sihir itu.
  • jika dibaca 1000 kali,insyaAllah rezeki akan bertambah.
  • jika rajin membaca surah ini,hati akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  • sekiranya seseorang teraniaya sehingga dimasukkan ke penjara,bacalah ayat ini sebanyak 71 kali,InsyaAllah pertolongan Allah akan datang kepadanya disebabkan dia tidak bersalah tetapi telah dizalimi.
...................................................................................................................

Kisah bermula bilamana emak dan anak datang mahu meminang anak gadis pak ustaz... antara ayat mak yang dilakonkan wan maimunah yang terlekat di minda saya adalah "cantik macam burung cenderawasih" --> burung cenderawasih cantik ye??? jadi, saya pon gugel la..aah, burung cenderawasih memang cantik...bulu dia kaler2!! =)



ok sambung, masa dok bincang2, anak gadis iaitu Siti Hajar ( Lisdawati) g le masuk dapor.. sekalinye pranggg ( bunyi kaca jatuh camtu ke?).. "kenapa tu?" rupa-rupanya bingkai gamba si ayah a.k.a Ajis (Arwah M.Rajoli) terjatuh dan pecah... Emak Siti Hajar, Siti Khadijah ( Datuk Sarimah), abahnya, bakal mak mertua (Wan Maimunah --> saya lupe nama watak beliau), dan encik kekasih hati (Zulhuzaimy--> nama dia pon saya lupe) g le bergegas nk tgk apa jadik....

jeng-jeng-jeng~~ rerupanya Ajis itu adalah lelaki masa silam Wan Maimunah, lelaki yang telah melacurkan beliau semasa zaman muda remaja, yang telah merosakkan diri beliau... mak terus ajak si anak balik....

flashback berlaku...barulah Ajis ceritakan semua kisah yang berlaku 30 tahun dulu pada anak dan isteri beliau... after this kind of thing happened, isteri dan anak dah pulaukan beliau.. begitu juga dengan orang2 kampung...Pak Ajis pon tak boleh lagi jadik imam, budak2 belajar ngaji pon parents mereka takmo kasik lagi... semua kata pak Ajis itu jahat..

satu ayat menyayat hati saya bilamana Pak Ajis meminta Siti Khadijah agar memaafkan beliau.. "abang memerlukan sokongan daripada isteri yang solehah" tapi permintaan itu dipandang sepi.. jika ahli keluarga korang pon tak boleh nak support, it should be sangat stress, sedih kan?? but, Pak Ajis keep on moving... ye, past is past aight? kehidupan mesti diteruskan..

the only one yang sangat menghargai Pak Ajis adalah bakal menantu tak jadik Pak Ajis iaitu Zul Huzaimy itu.. but ekceli Zul adalah anak Pak Ajis yang dilahirkan oleh Wan Maimunah hasil perbuatan sumbang mahram mereka dahulu kala.. hmpphhh..

satu malam yang hujan lebat, both emak dan anak mimpi kene kejar ngan gelungan api... masa tu si abah meredah hujan nak balik umah, dah sampai umah, umah dah kunci takleh masuk..pak Ajis g patah balik kat moto, sekalinye tertimpa moto itu... pak Ajis takleh bangun...dok le dalam ujan lebat itu kebasahan.. then si emak terjaga dari mimpi itu, terdengar si anak memanggil2 "abah"... mereka bermimpi perkara yang sama..

then both of them keluar rumah, tolong si abah yang kesakitan itu..then solat berjemaah..(tatau solat apa memalam~~ hajat/tahajud might be).. masa ni sesi luahan hati..si abah minta maaf sebab dah menyusahkan si isteri dan si anak selepas kisah silam terbongkar... but then, si anak dan isteri yang minta maaf, minta ampun...mereka baik2 semula... ( masa ni amat mengharukan ye?)

mama zughai, saya cam tak ingt ending sebab saya cam terlelap...huhuhuh..yang saya ingt, Wan Maimunah tu cam trauma teringat zaman2 dolu, then cam kene sawan ntah apa... orang dok keliling dia bacakan yasin... Pak Ajis satu family datang melawat... --> tapi rasanya esok ade ulangan, kang saya g tgk ending dia camne eh?? hahaha...sengal jek azie...

** Neway, moral of the stori di sini adalah... setiap orang ada melakukan kesilapan, tak kira kecik atau besar.. contohnya dalam kisah Pak Ajis ini, beliau dah bertaubat dan berubah menjadi seorang yang alim dan warak.. bagi saya, what past is past... itu adalah urusan beliau dengan Allah SWT samada taubat/keinsafan itu diterima ataupon tidak...

Kita sebagai orang yang dekat dengan mereka2 ini haruslah jangan menjarakkan diri seandainya kisah lampau mereka yang tidak berapa best itu terbongkar.. they need our support.. we need to support them no matter what.. jadilah sebagaimana Saidatina Siti Khadijah yang sentiasa berada di sisi Rasullullah SAW sepanjang baginda berjuang untuk sama2 menyebarkan Islam...

Ingatlah, there's nobody perfect.. saya juga begitu...tapi kita boleh mencuba untuk jadi yang terbaik antara yang terbaik... mulai harini, before tido.. cubalah untuk memaafkan segala kesalahan/kesilapan mereka2 yang telah mengguris hati anda/ buat anda rasa kecewa... dan mohonlah juga agar kesalahan/kesilapan yang anda lakukan hari itu kepada orang lain samada sengaja ataupun tidak, juga dimaafkan oleh mereka...


RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL.. \*(^o^)*/

Monday, 7 March 2011

A Friend In Need, Is A FrIend Indeed

Thanks Liverpool kerana aksi cemerlang anda hari ini..sangat terhibur... =)
Sekarang Liverpool boleh jadik kawan baik Arsenal ok? (^______^)
** notes : Liv 3 - 1 Man U ( Arsenal boleh kejar, ada 2 game dalam tangan! gambate!)


Also a BIG thanks to you for making my day, flushed away the distraction, gain my smile back!

Nah, kasik bear comel... boleh tambah koleksi, kawan ngan penyu itu,ok??

Sunday, 6 March 2011

::Kehilangan::

I believe that most of us pernah rasa kehilangan kan? kehilangan orang tersayang, kehilangan barang kegemaran, kehilangan kasih sayang, kehilangan yang maksudnya lost, tak jumpe, gone!!!!

Rupa-rupanya, rasa bosan yang saya alami semalam petanda saya akan kehilangan sesuatu yang agak penting dalam mengharungi kehidupan ini... hurm, sangatlah dugaan..setelah encik bf sakit, encik bf nombor 2 ni pulak menghilangkan diri.. =(

i do think 'he' is inside my bag, but when i wanted to use it, looking inside, there's gone.. cam pelik aje.. hurm, might be tercicir kat mana2 la tuh.. jadinye harus pasrah..

saya akan lost contact dengan dunia luar for couple of days, maybe weeks, depends la bilakala i mange to find pengganti beliau.. ke ada sape2 baik hati ataupon nak jadik dermawan kasik cik azie sebijik henset??? huwaaaaaaaaaaaaaargh.......

azie call my number banyak kali, but takde orang nak pick up.. kasihan saya.. kasihan jugak encik henpon tatau apa kisah beliau sekarang.. neway, dah call celcom centre soh block number tu, esok saya kene g celcom centre ambik sim card baru... rasa takmo ambik je pon sim card tuh, sebab bukan ade henset pon nak masukkan... =(

takpe2...setiap yang berlaku ada hikmahnya kan??? manatau kot2 nanti menang hadiah henset jenama mahal latest edition ke... hohohoho, azie memanglah ko ni suke berangan... tak kisahlah, berangan itu free....

kang sesapa kawan saya baca entri ni, sila email saya nombo2 anda ye? mana yang selalu saya dok kontek tu, haruslah ingt nombo mereka.... hurm..........

mode : pasrah dan redha...

Saturday, 5 March 2011

bored~~

tatau kenapa, tetapi terasa bosan! tapi nnt saya updet kesah basikal letrik yang comel ye???

tunggggggggggggggggguuuuuuuuuuuuuuuuuu....